Panduan Menjawab Sejarah SPM 2015 Kertas 3

Assalamualaikum w.m.k.t.h

Makluman kepada calon SPM 2015 :

  1. Membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk untuk menjawab soalan daripada buku teks.
  2. Tulis nombor soalan dan tajuk kecil soalan.
  3. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat soalan.
    Contoh soalan. Jelaskan maksud nasionalisme.
    Contoh jawapan. Maksud nasionalisme ialah………..
  4. Tulis  jawapan dalam ayat yang lengkap. Dicadangkan  satu perenggan merangkumi fakta, huraian dan contoh.
  5. Gunakan penanda wacana untuk mengaitkan isi dengan isi seterusnya.
  6. Contohnya selain itu, di samping itu, walau bagaimanapun, justeru, sehubungan dengan itu dan akhirnya.
  7. Bagi soalan KBAT, jawapan  perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis. Gunakan teknik ICHUN (Teknik KBAT)
  8. Teknik ICHUN :
  9. I = isi ( setiap jawapan KBAT perlu ada isi). C = contoh ( untuk mendapat markah penuh, jawapan perlu ada contoh) H = huraian (jika tiada contoh boleh kemukakan huraian) U = untuk (penyambut, jika tiada U tak chun la I) N = NILAI ( Jika jawapan ada Nilai pastikan ada I. Jangan lupa C jangan lupa H)
  10. Gunakan ayat berlapis menggunakan perkataan seperti bagi,untuk, agar atau supaya (U)
  11. Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.
  12. Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret serta bersastera.
  13. Baca soalan betul-betul dan fahami kehendak soalan

53 thoughts on “Panduan Menjawab Sejarah SPM 2015 Kertas 3

  1. Pingback: Panduan Menjawab Sejarah SPM 2015 Kertas 3

  2. aishah bell

    assalamualaikum admin.. maaf bertanya… untuk kertas 3 ni , setiap solan kene buat dlm krgan kan ?
    yang F1, F2 dan yang lain2 tu kne buat jugak ke ??? atau ia sbgai rujukan pelajar utk cari isi ?

    Like

    1. F1 F2 F3 …UNTUK PEMERIKSA DAN UNTUK MEMUDAHKAN CALON MEMAHAMI YANG MANA SATU FAKTA. X PERLU TULIS F1 F2 DAN SETERUSNYA. JAWAPAN MESTI DALAM BENTUK ESEI

      Like

  3. syahida

    Cikgu, saya nak tumpang tanya. Dalam kertas 3 sejarah boleh ke kalau kita tulis jawapan tak ikut susunan nombor soalan? Contohnya dalam soalan 1 hingga 9 kita tak buat jawapan ikut susunan tu?

    Like

  4. syahida

    Saya nak tanya. Boleh ke bila jawab soalan sejarah dalam kertas 3 tanpa mengikut susunan nombor soalan yang betul? Maksudnya jawapan yang ditulis tidak tersusun mengikut nombor soalan. Tolong beri penerangan

    Like

  5. assalammualaikum…cikgu..maaf jika sy mgnggu serta kalian smua…bgaimna kita nk peroleh ikut cra nk lengkp dgn krtas 3 sejarah..brikn komitmen pda sy agr jelas smuani….yg lain sy cuba dh peroleh..boleh lha wsapp sy hntr formad dgn sgera ..

    0135260544/Zul

    Like

    1. Biasanya soalan 1 – 4 berdasarkan buku teks. Soalan 5 – 9 kbkk n kbat. Jawab dlam perenggan. Setiap isi mesti diikuti dgn huraian n contoh…jika ada

      Like

  6. Atikah

    cikgu, saya nak tanya. biasanya soalan pertama soalannya berkaitan dengan maksud kan. dan soalan kedua pula biasanya akan tanya faktor/ kesan dan sebagainya. soalan saya. untuk jawab soalan faktor/ kesan, semua faktor tu disatukan dalam satu perenggan atau isi pertama dan isi kedua dalam perenggan yang berlainan ? terima kasih 🙂

    Like

  7. riza zameen

    assalamualaikum…saya nak bertanya pada cikgu?kalau jawab soalan sejarah kertas3.kena jawab ikut perenggan ke ataupun ikut point2… #format terbaru tahun 2017 SPM

    Like

  8. riza zameen

    1 soalan 1 perenggan jawapan…ke buat 1 perenggan jawapan macam campur2 jawapan semua soalan dan jadikan ia sebagai perenggan panjangg..tolong berikan jawapan yang sebetulnya ya cikgu…

    Like

  9. sis wee

    hi admin, nak tanye kalau buat esei tu, kita kena tulis nombor soalan ke ? and dalam satu soalan tu, jawapan kena hurai dalam berapa perenggan ?

    Like

  10. ariff

    macam mana nak pastikan jawapan dalam soalan kbat relevan dengan tepat? (sebab midterms saya dapat 2/10 for one of the questions sebab cikgu saya tulis tidak relevan)
    Untuk kbat, kalau jawab faktor huraian contoh dapat 3 markah persepuluh atau 1 markah persepuluh?

    Like

  11. Lellaa

    SEJARAH KBAT 2017:
    Pastikan semua buku secara pos/byhand ***dpt free tajuk iktibar yg tercicir dan salinan buku teks tajuk imperialisme tkt4** boleh tolong terang lagi apa mksd text ni? Maaf tdk brapa faham

    Like

  12. Naqib

    Asalammualaikum cikgu saya nak tanya ni.. Semua soalan jawab menggunakan perenggan ke? Contoh dh jawab soalan 1 pastu nk teruskan jawab soalan 2 tu teruskan perenggan kedua eh?

    Like

  13. Farina Parveen

    Assalamualaikum. Saya perlu satu penjelasan. Untuk skema markah 2018, cikgu Sejarah saya kata bahawa untuk soalan 7 dan seterusnya, tak silap saya, calon perlu menggunakan bahasa yang cantik, tersusun dan gramatis. Kami juga digalakkan untuk mengguna peribahasa untuk mendapat markah yang lebih tinggi dan aras yang lebih bagus. Pentingkah benda-benda tersebut? Kalau ya, ada beberapa contoh peribahasa yang boleh dicadangkan?

    Terima kasih dan Jazakallah khair.

    Like

Leave a comment