Panduan Menjawab Sejarah SPM 2015 Kertas 3

Assalamualaikum w.m.k.t.h

Makluman kepada calon SPM 2015 :

  1. Membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk untuk menjawab soalan daripada buku teks.
  2. Tulis nombor soalan dan tajuk kecil soalan.
  3. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat soalan.
    Contoh soalan. Jelaskan maksud nasionalisme.
    Contoh jawapan. Maksud nasionalisme ialah………..
  4. Tulis  jawapan dalam ayat yang lengkap. Dicadangkan  satu perenggan merangkumi fakta, huraian dan contoh.
  5. Gunakan penanda wacana untuk mengaitkan isi dengan isi seterusnya.
  6. Contohnya selain itu, di samping itu, walau bagaimanapun, justeru, sehubungan dengan itu dan akhirnya.
  7. Bagi soalan KBAT, jawapan  perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis. Gunakan teknik ICHUN (Teknik KBAT)
  8. Teknik ICHUN :
  9. I = isi ( setiap jawapan KBAT perlu ada isi). C = contoh ( untuk mendapat markah penuh, jawapan perlu ada contoh) H = huraian (jika tiada contoh boleh kemukakan huraian) U = untuk (penyambut, jika tiada U tak chun la I) N = NILAI ( Jika jawapan ada Nilai pastikan ada I. Jangan lupa C jangan lupa H)
  10. Gunakan ayat berlapis menggunakan perkataan seperti bagi,untuk, agar atau supaya (U)
  11. Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.
  12. Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret serta bersastera.
  13. Baca soalan betul-betul dan fahami kehendak soalan
Advertisements

24 thoughts on “Panduan Menjawab Sejarah SPM 2015 Kertas 3

  1. Pingback: Panduan Menjawab Sejarah SPM 2015 Kertas 3

  2. aishah bell

    assalamualaikum admin.. maaf bertanya… untuk kertas 3 ni , setiap solan kene buat dlm krgan kan ?
    yang F1, F2 dan yang lain2 tu kne buat jugak ke ??? atau ia sbgai rujukan pelajar utk cari isi ?

    Like

    1. F1 F2 F3 …UNTUK PEMERIKSA DAN UNTUK MEMUDAHKAN CALON MEMAHAMI YANG MANA SATU FAKTA. X PERLU TULIS F1 F2 DAN SETERUSNYA. JAWAPAN MESTI DALAM BENTUK ESEI

      Like

  3. syahida

    Cikgu, saya nak tumpang tanya. Dalam kertas 3 sejarah boleh ke kalau kita tulis jawapan tak ikut susunan nombor soalan? Contohnya dalam soalan 1 hingga 9 kita tak buat jawapan ikut susunan tu?

    Like

  4. syahida

    Saya nak tanya. Boleh ke bila jawab soalan sejarah dalam kertas 3 tanpa mengikut susunan nombor soalan yang betul? Maksudnya jawapan yang ditulis tidak tersusun mengikut nombor soalan. Tolong beri penerangan

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s